" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

Cinta Julia sempena Sambutan Hari Aids Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

21hb Disember 2008 yang lepas, Cinta Julia mendapat undangan untuk menjayakan Sambutan Hari Aids 2008 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling yang berlangsung di Auditorium Kastam (FTKL) di Kelana Jaya . Terima kasih diucapkan kepada PKD Petaling di atas kepercayaan yang diberikan kepada STEFANI untuk sama-sama terlibat dalam majlis tersebut terutamanya kepada Dr. Ismail Lasa & anak-anak buahnya. Ia merupakan penghargaan kepada kami di STEFANI. Disini disertakan beberapa gambar yang dirakam semasa majlis tersebut berlangsung. Harap maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan.


Sesi bual bicara antara penonton dan Puan Hajah Fauziah Nawi

Sedutan dari Cinta Julia

Sedutan dari Cinta Julia

Jalan Pintas ke Stor Teater DBP: Shabery V Anwar


Use this map if you are late for our show. Park your vehicle at parking space on your left..Wisma Mirama etc and cross the road to Bangunan DBP (Old Building).

The Press conference for "MALAM 7 DRAMA 7 DURI" will be held at 3.30 PM, Stor Teater, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kepada para peserta "Malam 7 Drama", pihak Stefani telah membatalkan latihan pada
15 hb Julai, 2008.



BTW, there will be a big night at Dewan Bahasa and Pustaka on the 15th July. Well, we have to skip rehearsal at nearby Stor Teater to accomodate Anwar V Shabery debate. There are children in our team, so we are not going to take any risk.

These children, the youngest Afiq, 8 years old are taking part in MALAM 7 DRAMA.

ikhlas dari Pengarah STEFANI

Cinta Julia buat saya sedar betapa berkaratnya otak wanita yang hampir mencecah 56 tahun ini. Cinta Julia menjadikan saya tak pernah berhenti mengenang arwah emak Hjh Salmiah Sidek yang tegas,kuat kerja dan selalu mendoakan kejayaan puterinya yang panas baran,malas buat kerja dapur dan selalu mahukan perfection dalam tiap kerja yang digalasnya. Arwah mak menjadikan saya tabah dan selalu menyayangi adik-adik kini anak-anak,menantu ,cucu-cucu Dhia dan Mhia juga anak-anak di-Stefani.Arwah bapak yang pernah jadi penyusun kerusi bila UMNO di Sungai Rokam Ipoh ada perjumpaan menyedarkan saya betapa jujur dan setia tanpa mengharap balasan akan menjadikan kita sedar betapa kemerdekaan diri sangat penting dan menjadikan kita bersyukur dilahirkan merdeka.
Anak anak,teman-teman serta sahabat juga saudara mara sentiasa menjadikan saya lebih yakin mengharungi kehidupan ini dengan lebih sabar .Arwah suami yang memahami kehendak isterinya untuk hidup sebagai anak teater adalah tunjang kekuatan saya hingga kini. Cinta Julia memang menjadikan saya lebih sedar betapa ceteknya ilmu saya dalam lakonan dan Cinta Julia juga buat saya lebih yakin suatu hari nanti pasti kebahagiaan itu datang juga dengan menyerahkan diri secara total kepada DIA. Amin

Terima kasih kerana menonton dan bersama melalui liku-liku hidup Julia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada stefani, Ajami , Ce’kem , Amal , Qasih , ryan, @liyanuar, kakiseni, , sultanmuzaffar ,bibi, utusan, kosmo, berita harian,the star,bernama, astro, rtm, media prima, DEWAN BAHASA dan PUSTAKA dan penonton yang hadir serta peminat, semoga Allah memberkati sentiasa.Amin..

FAUZIAH NAWI