" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

ULASAN PEMENTASAN 3 WAJAH

Alhamdulillah... Pementasan Solo Fauziah Nawi; 3 Wajah berjalan lancar. Pementasan yang sepatutnya hanya berlangsung dari 30hb Mac hingga 3hb April 2011 dilanjutkan sehingga ke 5hb April 2011. Dan sepanjang tempoh lanjutan tersebut produksi 3 Wajah berdebar-debar menantikan kehadiran penonton. Jelas terbukti ramai yang mengambil peluang saat akhir menyaksikan 3 Wajah. Sambutan dari orang ramai tidak pernah mengecewakan kami. Syukur.

STEFANI mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Pihak media elektronik dan bercetak, para bloggers, para penonton dan orang ramai yang turut menyokong produksi ini. Sumbangan dan sokongan anda amat bermakna dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

3 Wajah menerima jemputan dari pihak Singapura untuk dipentaskan Explanade pada bulan Julai 2011. Diharap semua berjalan lancar dan Singapura nantikan kemunculan Fauziah Nawi sekali lagi di Explanade.

Seterusnya, STEFANI akan cuba membawa 3 Wajah menjelajah ke seluruh tanah air. Insya-allah.

Dan juga nantikan kemunculan bakat-bakat baru kami dari Sanggar Teater Remaja STEFANI di dalam projek yang akan datang - TOK KURA.

Semoga Allah memberkati perjalanan STEFANI ke arah memertabatkan teater Melayu... Amin.


Pengurusan STEFANI
MAC 2011, Fauziah Nawi akan muncul sebagai Tukang Sapu, Ceti Berlesen dan Isteri YB

dalam

PEMENTASAN SOLO
FAUZIAH NAWI



Tarikh: 30hb Mac – 3hb April 2011

Masa: 9:00 mlm – 10:00 mlm (Pementasan

Tempat: Stor Teater DBP

Tiket: RM 15 (Pelajar) & RM 50 (Dewasa)


PAKEJ ISTIMEWA KEPADA

SEKOLAH-SEKOLAH, INSTITUSI, IPTA/S,

PERSATUAN DAN KELAB


Sebarang pembelian tiket atas nama institut akan diberikan

keistimewaan untuk mengadakan sessi soal-jawab teater

tertutup selama 30 minit bersama Puan Hajah Fauziah Nawi.

Bagaimanapun tawaran ini hanya tertakluk untuk pembelian

tiket 30 keatas.


Tarikh: 31 Mac - 3 April 2011
( hanya pada hari Khamis,Jumaat,Sabtu,Ahad)

Masa: 3:00 ptg – 4:00 ptg(Pementasan)

4:00 ptg – 4:30 ptg (Sessi Soal-jawab)

Tempat: Stor Teater DBP

Tiket: RM 15 (pelajar) & RM 30 (Guru Pengiring)& RM 50(Dewasa)

PERTANYAAN DAN TEMPAHAN TIKET :


012 6170697 (FARAH)

012 242 9621 (CHI)