" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

BELANJAWAN 2009: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Saya tertarik bila membaca temuramah antara YB Dr Michael Jayakumar Dewaraj ahli Parlimen Sungai siput di dalam akhbar The Sun tentang INTELLECTUAL PROPERTY.

"The whole concept of intellectual property rights for a socialist is that intellectual property is one of the means of production that bElongs to the people – not to individual capitalists or corporations" -Rujuk http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=21293.

Pendapat dua sen saya ialah "intellectual Property" adalah hak pengkarya (penulis, komposer lagu etc) dan juga hak pengusaha yang membiayainya.(Mungkin kerajaan melalui JKKN atau RTM boleh menimbangkan bayaran royalti kepada Penulis dan Penerbit Rancangan tempatan yang karya mereka diulang tayang di TV atau Pentas. Ini sebagai galakan kepada orang seni dan juga sebagai insentif untuk mendapatkan karya-karya yang bermutu tinggi dari aktivis dan pengusaha tempatan.

Mungkin "Rebate" yang diberi kepada buku dan Majalah boleh di luaskan lagi kepada tiket-tiket persembahan kesenian tempatan terutamanya teater, tari dan konset klasik sebagai galakkan kepada penonton-penonton.

Rebate untuk tiket ini juga harus juga diberikan kepada syarikat-syarikat yang membeli tiket secara blok atau membeli sebuah malam persembahan. Sebagai permulaan mungkin "rebate" ini boleh diberikan kepada syarikat bertaraf SMI.

next: Kenapa Istana Budaya harus di tutup Part II?