Zaki(peminat yang datang setiap malam persembahan STEFANI, terima kasih)
APA KATA.......
kata saudara ce'kem (pelakon hati malaya) ...saya macam berperang dalam hati. kotak fikir saya duk mencari apa sebenarnya keistimewaan Cinta Julia ini sehinggakan mata macam tak mahu berkelip dan badan tak mahu berkalih.
dia saya lihat macam gadis, saya lihat macam ibu, macam perempuan seksi, perempuan gagah, teguh, ajaib dan macam-macam. saya membaca dan menampi-nampi.
inilah dosa Fauziah Nawi. di mana dia peroleh tenaga itu semua? anda yang membaca entri ini, saya cadangkan pergilah menonton, tidak rugi... ketika kita menonton sebenarnya kita sedang menonton seorang lagenda.
menurut saudara ajami ...bagi saya, muslihat ini berjaya mengingatkan pelakon untuk bergerak-pindah ke fasa seterusnya seandainya terlalut atau terlupa. bagus!
telah memukau segenap ruang dan setiap mata yang ada dalam stor teater malam itu.. satu rasa yang menyentuh.. amarah yang menyentak dan rintih yang menghiris.. oleh qasih
saudara amal : terkandung banyak mesej- sebenarnya - dalam luahan dialog yang disuarakan oleh Fauziah Nawi dengan begitu tegas jelas, lancar, sayu tapi kemas
GIVE LOCAL THEATER A CHANCE( the star ) I enjoyed every minute of her powerful and engaging act, and even shed a tear or two – much to the amusement of my daughter-in-law, who was also engrossed in the play..BIBI
Abd Azizi Itar(utusan) Monolog ini mungkin mahu memperjelaskan bahawa apa-apa juga makanan daripada sumber rezeki yang haram, maka hasilnya juga ada suatu ketumbuhan pembesaran tubuh badan yang juga jelas haram hukumnya. Lantaran penggunaan subjek air mata yang secara simboliknya itu merupakan gambaran kepada rentetan kesedihan dan keinsafan tidak bermakna jika ia dicetuskan daripada sumber yang haram. Biarpun terpaksa berperang dengan pelbagai rasa emosi dalam melakonkan pelbagai watak dalam monolog ini secara sendirian tetapi Fauziah masih mampu untuk mengawal dirinya. Perkara itu dapat dilihat menerusi perubahan watak, nada suara, mimik muka beliau yang sentiasa berubah-ubah dalam melakonkan emosi setiap watak yang dibawakannya. Malah, sebelum ini beliau pernah mengakui bahawa seseorang pelakon itu tidak sewajarnya mengeluarkan keseluruhan watak dalaman dirinya semata-mata untuk berlakon.
CINTA JULIA
CINTA JULIA PRODUCTION
TERIMA KASIH!!!!
Sanggar Teater Fauziah Nawi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk segala sokongan yang diberikan dalam menjayakan pementasan Monolog CINTA JULIA yang baru berlangsung pada 21hb November - 2hb Disember yang lepas. Terima kasih Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan, DBKL, Media Massa, Puan Zuraidah sekeluarga, ZEEL Production, Shasha n Faiz, En. Harun, bloggers dan seterusnya kepada orang ramai yang sudi menonton, Stefani menghargai sokongan anda. Kepada produksi Stefani, segala usaha & sumbangan dalam sama-sama menjayakan pementasan ini juga amat dihargai.