" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

Gita Akustika merupakan salah satu usaha STEFANI dan Persatuan Penulis Nasional (PENA) dalam mendekatkan masyarakat kepada keindahan dan kesenian kesusasteraan Bahasa Melayu yang kian diabaikan. Program ini akan menghimpunkan seniman dan karyawan dari segenap lapisan masyarakat dan semua peringkat usia untuk mempersembahkan karya kesusasteraan Melayu melalui medium muzik. Program ini juga dapat memberi pendedahan seterusnya membuka ruang kepada para karyawan muda untuk lebih bergiat aktif di dalam kesusteraan Melayu melalui muzik.

Gabungan perkataan Gita (nyanyian/lagu) dan Akustika (bunyi) adalah simbolik kepada keindahan dan kehalusan seni Bahasa Melayu.

Program ini juga diadakan bersempena Malam Puisi Tahun Baru PENA yang acara tahunan dan juga sebagai menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Kempen Cintai Bahasa Melayu.
Objektif Program

* Mewujudkan kesedaran terhadap keindahan dan kehalusan kesusasteraan Bahasa Melayu di kalangan
masyarakat terutama generasi
muda.
* Menghimpunkan para karyawan,seniman dan mereka yang berminat tentang kesusasteraan Bahasa Melayu
untuk sama-sama menghayati dan bertukar pendapat dan idea mengenai cara-cara untuk mengembang dan
memartabatkan kesusasteraan Bahasa Melayu.
* Salah satu alternatif menyambut Tahun Baru dengan cara yang lebih kreatif dan bermanfaat.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Setiap persembahan haruslah dalam bentuk nyanyian dan muzik secara akustik.
2. Setiap kumpulan boleh menghantar maksimum 2 penyertaan dan setiap penyertaan haruslah mempunyai
persembahan (repertoire) yang berbeza.
3. Setiap persembahan haruslah karya asal peserta.
4. Setiap persembahan wajib dalam Bahasa Melayu dan tidak mengandungi unsur-unsur ganas atau bahasa
kesat.
5. Setiap persembahan tidak melebihi 15 minit.
6. Setiap penyertaan haruslah bersertakan demo dan lirik lagu.
7. Setiap penyertaan yang terpilih akan diberi sagu hati dari pihak penganjur
8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada
15 Disember 2009
9. Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat:

STEFANI EVENTS
NO.9B, JALAN SULAIMAN 3,TAMAN PUTRA SULAIMAN,
68000 KUALA LUMPUR

Atau emailkan ke:

ifauziahnawi@gmail.com

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Farah: 012 617 0697/Anna: 017 316 7995/Chie: 012 242 9621
BORANG PENYERTAAN
NAMA/NAMA KUMPULAN:

______________________________________________________________________
JUMLAH AHLI

______________________________

BUTIRAN WAKIL
NAMA

_______________________________________________________________________
NO TEL. BIMBIT EMAIL

______________________________ ___________________________________
ALAMAT

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

BUTIRAN PERSEMBAHAN
JENIS PERSEMBAHAN

_______________________________________________________________________
TAJUK PERSEMBAHAN

1._____________________________________________________________________

2._____________________________________________________________________
ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

1.___________________________________ 2.________________________________

3:___________________________________ 4.________________________________
..................................................................................................................................................................................................................................
* Saya/Kami dengan ini bersetuju mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Segala kenyataan yang diberikan oleh Saya/Kami juga adalah benar dan tiada unsur pemalsuan maklumat. Sekiranya Saya/Kami telah memalsukan segala maklumat atau melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan, Saya/Kami bersedia untuk dibatalkan penyertaan keatas diri Saya/Kami.

Tandatangan: Nama:

____________________________________ Tarikh:

No comments: