" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

QUOTES


tiba-tiba su sedari
tumit sepatu telah haus
jauh sudah perjalanan
tetapi .. apakah yang telah ku kutip ..
hanya habuk dan debu sepanjang usia ku





Rapatkan pintu masuklah..kekamar ku mari kita bercinta aku tak memerlukan kata







wahai kekasihku yang segar dan bernafsu..aku telah mendustai kau ..di bawah cahaya bulan yang hamil..dalam kesepian yang tak perlukan sebarang kata..dibawah naungan kebenaran sejenak..
Dan..kini mata yang kutatap di kaca menyiksa diri ku sendiri..kerana ia tak bisa
kubohongi lagi..



1 comment:

Anonymous said...

berkesempatan menjengah ke dalam dunia topeng-topeng tidaklah mengecewakan walau ada masanya kepetahan topeng menuturkan kata-kata menjadikan audiens terkejar-kejar untuk memahami jalan ceritanya.

..mungkin juga kerana tidak semua audiens mampu untuk merungkai bait-bait puitis puisi karya baha zain.

namun syabas diucapkan kepada gito dan adiknya juga juruwang kerana mampu memberikan jiwa kepada topeng-topeng... membuatkan si topeng benar-benar hidup dalam dunianya.

tahniah stefani kerana berjaya menyajikan penonton dengan lagu-lagu yang membuai rasa..

- nick