" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

HARI SENIMAN KEBANGSAAN 2008 - TUTUP ISTANA BUDAYA

Besok 29 MEI 2008, MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN
HARI SENIMAN KEBANGSAAN 2008
9.30 pagi, dewan merdeka,
Pusat dagangan dunia Putra, KL


Wow, ada juga hari seniman di musim ramai seniman-seniman tidak cukup kerja
terutamanya seniman-seniman teater.


Tahniah Dato Shafie Afdal kerana dilantik sebagai Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Saya tidak setuju dengan YB Anifah yang mengatakan kementerian ini tidak penting. Kementerian ini sangat penting kerana apalah kekayaan dan kemashuran jika kita tidak bersatu dan dinaungi oleh budaya dan seni serumpun atau seni nasional kita. Sanggupkah kita meninggalkan Mickey Mouse sebagai warisan kepada generasi akan datang. PM telah membuat pilihan yang tepat kerana dunia seni memerlukan seorang yang tegas, rajin dan setia kepada kebudayaan dan kesenian pribumi. YB Dato' boleh menghubungkan dan membina jambatan antara orang seni Timor dan Barat Malaysia dapat bersama dan bersatu meletakkan Identiti budaya dan seni Nasional.

Sempena Hari Seniman 2008 Memohon YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negara menilai semula Peranan dan matlamat Istana Budaya.


Datanglah menonton persembahan-persembahan kami di teater yang kecil kerana di sini teaternya ikhlas dan tidak berlebeh-lebeh. Di sini ada orang-orang setia yang suaranya tidak sampai kerana terhalang oleh birokrasi.
Selamat hari Seniman dari Sanggar Teater Fauziah Nawi untuk para seniman dan para pegawai yang ikhlas dan cinta kepada seni.


..next post. may be we talk a little bit on Jabatan kesenian dan Kebudayaan Negara.

1 comment:

Anonymous said...

aku harap kau org biarlah tak berjaya dlm teater nie...biarlah kau org rasa susah....amin...harap je gelamor....pilah mampos....meluat aku tengok kau org....