TEMPAT: STOR TEATER DBP
WAKTU: 8.30 MALAM
“Maka bertempiaranlah kamu di atas muka bumi ini”
Perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza mengikut percaturan mereka di dalam kelompok masing-masing. Namun ada ketika pertemuan dengan insan lain meninggalkan kesan di dalam hidup kerana setiap pertemuan itu bersyarat maka terjadilah satu peristiwa.
Lorong Blues mengisahkan tentang 6 watak; Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah dan Mak Jah; yang bertemu tanpa dirancang di sebuah lorong apabila pihak polis menyerbu kawasan hitam tersebut. Manusia adalah bulan yang mempunyai sisi kelam yang tersembunyi. Walaupun persengketaan terjadi kerana syak wasangka tanpa disedari mereka berkongsi satu persamaan iaitu kepahitan hidup yang cuba disembunyikan. Di dalam kegalutan malam mereka mencari tempat berlindung dan mengenal tentang diri dan hidup.
Lorong Blues membawa beberapa isu yang ingin disampaikan kepada penonton. Antaranya
- masalah dadah yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat hari ini.
- kekeluargaan dan kasih sayang antara manusia
- masalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak
- masalah perlacuran untuk mencari kemewahan
- masalah hubungan kaum sejenis
- permasalahan dalam meneruskan hidup bagi pengiat seni tradisional.
Pengenalan watak
Kudin
Anak jalanan yang hidup di tengah-tengah kekerasan metropolitan. Di dalam pencarian tentang kewujudan dirinya; dari siapa, mengapa dan ke mana.
Linda
Si kecil yang dizalimi oleh orang yang tersayang. Terperangkap di dalam kekeliruan yang berpanjangan.
Selamat
Kurang kasih sayang menyebabkannya tidak pernah menjadi dewasa. Terperangkap di dalam masa silam.
Joe
Seorang yang mempunyai krisis identiti yang terjadi disebabkan kesilapan masa lalu.juga cuba mencari dirinya. Tetapi pencariannya seakan terhenti apabila digrogoti oleh penyakit.
Arfah
Si pencari kebahagiaan. Setelah menemuinya ternyata ianya tidak menjanjikan apa-apa.
Mak Jah
Kesempitan hidup di dalam kesenian suaminya menyebabkan dia memberontak lalu terperangkap dalam ilusi yang tidak kesampaian.
Barisan Pelakon:
Raja Emy Shahril
Mula diperkenalkan pada pementasan teater “Topeng-Topeng” pada 2008. Anak jati Pahang ini berbakat besar dan bercita-cita untuk menceburi teater dengan lebih serius. Merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik bakal memeriahkan bidang seni dengan kebolehannya yang versatile. “He got much more to offer”. Antara teaternya Topeng-topeng, Malam 7 Drama 7 Duri dan Mahsuri.
Ungku Hariz Faizal
Menetap di Shah Alam, Ungku Hariz Faizal mula berjinak di dalam teater pada tahun 2008. Seorang usahawan yang begitu meminati bidang teater. Antara teaternya KLKu, Malam 7 Drama 7 Duri dan Mahsuri.
Ard Omar
Nama yang tidak begitu asing di dalam bidang teater terutama di negeri Perak. Pemenang Pengarah Terbaik Teater Negeri Perak baru-baru ini pernah terlibat dengan elbagai teater antaranya Mahsuri, Topeng-topeng, Malam 7 Drama 7 Duri, Bukan Dejavu dan banyak lagi.
Raihan Jamil
Merupakan pegawai perbankan yang mula berkecimpung dalam bidang teater semenjak menuntut di Universiti Malaya. Selalu mengikuti pementasan teater di STEFANI antaranya Perjalanan Bu Aminah, Tok Rimau, KLKu dan banyak lagi.
Mohd Nor Hafiz
Kurator di Muzium Negeri Sembilan ini sangat meninati kesenian. Merupakan graduan Senireka UiTM mula menyertai STEFANI pada tahun 2006 melalui bengkel yang dianjurkan seterusnya terlibat di dalam pementasan Kembang Layarku sebagai pelakon dan juga pengarah artistik. Walau bagaimanapun kesibukannya dalam menjalnkan tugas sedikit sebanyak membatasi penglibatannya sebagai pelakon dan hanya terlibat di dalam produksi.
Adrina Badri
Peguam di Bank Negara ini juga merupakan seorang ibu ini mula menceburi teater untuk mengisi masa lapang dan kerana minat. Pernah terlibat di dalam “Chistmas Carol” dan “Mahsuri”.
Syalizawani Ramlan
Arkitek yang sememangnya mempunyai minat ynag mendalam dalam bidang teater dan nyanyian ini sudah tidak saing lagi di dalam pementasan STEFANI. Seorang yang berbakat besar. Antara teaternya Perjalanan Bu Aminah, Opera Ayu Cendana, Tok Rimau dan sebagainya.
Farah Ahmad
Ibu kepada 2 orang cahaya mata ini mula terlibat secara langsung semenjak di awal pertubuhan STEFANI. Merupakan seorang pelakon dan model yang berbakat. Kesibukan menguruskan keluarga tidak membatasi penglibtannya di dalam STEFANI sama ada di atas pentas atau di belakang tabir. Antara teaternya Opera Ayu Cendana, Perjalanan Bu Aminah, Topeng-topeng, dan banyak lagi.
Chie Azim
Mula terlibat bersama STEFANI semenjak tahun 2005 di dalam pementasan Opera Ayu Cendana di Pulau Pinang. Antara teaternya Kembang Layarku, Lorong Blues, KLKu, Topeng-topeng dan Mahsuri.