" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

LORONG BLUES 2009


TARIKH : 24 JULAI - 7 OGOS 2009 (kecuali 31 Julai 2009)

TEMPAT: STOR TEATER DBP

WAKTU: 8.30 MALAM

“Maka bertempiaranlah kamu di atas muka bumi ini”

Perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza mengikut percaturan mereka di dalam kelompok masing-masing. Namun ada ketika pertemuan dengan insan lain meninggalkan kesan di dalam hidup kerana setiap pertemuan itu bersyarat maka terjadilah satu peristiwa.

Lorong Blues mengisahkan tentang 6 watak; Kudin, Linda, Selamat, Joe, Arfah dan Mak Jah; yang bertemu tanpa dirancang di sebuah lorong apabila pihak polis menyerbu kawasan hitam tersebut. Manusia adalah bulan yang mempunyai sisi kelam yang tersembunyi. Walaupun persengketaan terjadi kerana syak wasangka tanpa disedari mereka berkongsi satu persamaan iaitu kepahitan hidup yang cuba disembunyikan. Di dalam kegalutan malam mereka mencari tempat berlindung dan mengenal tentang diri dan hidup.

Lorong Blues membawa beberapa isu yang ingin disampaikan kepada penonton. Antaranya

- masalah dadah yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat hari ini.

- kekeluargaan dan kasih sayang antara manusia

- masalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak

- masalah perlacuran untuk mencari kemewahan

- masalah hubungan kaum sejenis

- permasalahan dalam meneruskan hidup bagi pengiat seni tradisional.

Pengenalan watak

Kudin

Anak jalanan yang hidup di tengah-tengah kekerasan metropolitan. Di dalam pencarian tentang kewujudan dirinya; dari siapa, mengapa dan ke mana.

Linda

Si kecil yang dizalimi oleh orang yang tersayang. Terperangkap di dalam kekeliruan yang berpanjangan.

Selamat

Kurang kasih sayang menyebabkannya tidak pernah menjadi dewasa. Terperangkap di dalam masa silam.

Joe

Seorang yang mempunyai krisis identiti yang terjadi disebabkan kesilapan masa lalu.juga cuba mencari dirinya. Tetapi pencariannya seakan terhenti apabila digrogoti oleh penyakit.

Arfah

Si pencari kebahagiaan. Setelah menemuinya ternyata ianya tidak menjanjikan apa-apa.

Mak Jah

Kesempitan hidup di dalam kesenian suaminya menyebabkan dia memberontak lalu terperangkap dalam ilusi yang tidak kesampaian.

Barisan Pelakon:


Raja Emy Shahril

Mula diperkenalkan pada pementasan teater “Topeng-Topeng” pada 2008. Anak jati Pahang ini berbakat besar dan bercita-cita untuk menceburi teater dengan lebih serius. Merupakan anak kedua daripada 6 orang adik beradik bakal memeriahkan bidang seni dengan kebolehannya yang versatile. “He got much more to offer”. Antara teaternya Topeng-topeng, Malam 7 Drama 7 Duri dan Mahsuri.

Ungku Hariz Faizal

Menetap di Shah Alam, Ungku Hariz Faizal mula berjinak di dalam teater pada tahun 2008. Seorang usahawan yang begitu meminati bidang teater. Antara teaternya KLKu, Malam 7 Drama 7 Duri dan Mahsuri.

Ard Omar

Nama yang tidak begitu asing di dalam bidang teater terutama di negeri Perak. Pemenang Pengarah Terbaik Teater Negeri Perak baru-baru ini pernah terlibat dengan elbagai teater antaranya Mahsuri, Topeng-topeng, Malam 7 Drama 7 Duri, Bukan Dejavu dan banyak lagi.

Raihan Jamil

Merupakan pegawai perbankan yang mula berkecimpung dalam bidang teater semenjak menuntut di Universiti Malaya. Selalu mengikuti pementasan teater di STEFANI antaranya Perjalanan Bu Aminah, Tok Rimau, KLKu dan banyak lagi.

Mohd Nor Hafiz

Kurator di Muzium Negeri Sembilan ini sangat meninati kesenian. Merupakan graduan Senireka UiTM mula menyertai STEFANI pada tahun 2006 melalui bengkel yang dianjurkan seterusnya terlibat di dalam pementasan Kembang Layarku sebagai pelakon dan juga pengarah artistik. Walau bagaimanapun kesibukannya dalam menjalnkan tugas sedikit sebanyak membatasi penglibatannya sebagai pelakon dan hanya terlibat di dalam produksi.

Adrina Badri

Peguam di Bank Negara ini juga merupakan seorang ibu ini mula menceburi teater untuk mengisi masa lapang dan kerana minat. Pernah terlibat di dalam “Chistmas Carol” dan “Mahsuri”.

Syalizawani Ramlan

Arkitek yang sememangnya mempunyai minat ynag mendalam dalam bidang teater dan nyanyian ini sudah tidak saing lagi di dalam pementasan STEFANI. Seorang yang berbakat besar. Antara teaternya Perjalanan Bu Aminah, Opera Ayu Cendana, Tok Rimau dan sebagainya.

Farah Ahmad

Ibu kepada 2 orang cahaya mata ini mula terlibat secara langsung semenjak di awal pertubuhan STEFANI. Merupakan seorang pelakon dan model yang berbakat. Kesibukan menguruskan keluarga tidak membatasi penglibtannya di dalam STEFANI sama ada di atas pentas atau di belakang tabir. Antara teaternya Opera Ayu Cendana, Perjalanan Bu Aminah, Topeng-topeng, dan banyak lagi.

Chie Azim

Mula terlibat bersama STEFANI semenjak tahun 2005 di dalam pementasan Opera Ayu Cendana di Pulau Pinang. Antara teaternya Kembang Layarku, Lorong Blues, KLKu, Topeng-topeng dan Mahsuri.



7 comments:

daydeck86 said...

kene pergi tengok nih
rugi rasanya kalau tak tgk

Farah Ahmad said...

datang anda dialu-alukan...

Jo'el said...

Terima kasih atas layanan yang begitu ramah,mesra dan santai oleh Stefani.Dah tonton 25hb.Sangat mengujakan dengan pelbagai persoalan yang di paparkan.Memang best lah..hehehehe

sanggar teater fauziah nawi said...

Joel;

terima kasih sudi datang menonton pementasan kami. tolong lah promote kat member-member yang lain k.

Jo'el said...

nak promote tak der masalah.Dah key in lama dah dalam blog.komen tak adelah ..belum layak untuk mengulas...tak ade ilmu.

Kudin buat aku nangis ..time dia panggil mak...benci betul...mujur gelap orang tak nampak...huhuhu

Tanak wagu Sabah said...

mesti bestkan teater ni..rugi saya xpat tngk..apa2pun tahniah pada pengarah..bersama kita majukan teater.."teater cerminan kehidupan"

milyana arshad said...

ruginya sy x dpt tgk.. nnt ada projek lagi sy akan bwk ramai2 g tgk..