" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

ULASAN PEMENTASAN 3 WAJAH

Alhamdulillah... Pementasan Solo Fauziah Nawi; 3 Wajah berjalan lancar. Pementasan yang sepatutnya hanya berlangsung dari 30hb Mac hingga 3hb April 2011 dilanjutkan sehingga ke 5hb April 2011. Dan sepanjang tempoh lanjutan tersebut produksi 3 Wajah berdebar-debar menantikan kehadiran penonton. Jelas terbukti ramai yang mengambil peluang saat akhir menyaksikan 3 Wajah. Sambutan dari orang ramai tidak pernah mengecewakan kami. Syukur.

STEFANI mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Pihak media elektronik dan bercetak, para bloggers, para penonton dan orang ramai yang turut menyokong produksi ini. Sumbangan dan sokongan anda amat bermakna dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

3 Wajah menerima jemputan dari pihak Singapura untuk dipentaskan Explanade pada bulan Julai 2011. Diharap semua berjalan lancar dan Singapura nantikan kemunculan Fauziah Nawi sekali lagi di Explanade.

Seterusnya, STEFANI akan cuba membawa 3 Wajah menjelajah ke seluruh tanah air. Insya-allah.

Dan juga nantikan kemunculan bakat-bakat baru kami dari Sanggar Teater Remaja STEFANI di dalam projek yang akan datang - TOK KURA.

Semoga Allah memberkati perjalanan STEFANI ke arah memertabatkan teater Melayu... Amin.


Pengurusan STEFANI

No comments: