" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

Bistro Eksodas

Malam pertama berlalu diikuti 7 malam lagi. Kepada bakal pengunjung dinasihat datang awal kerana kesesakan di jalan Dewan Bahasa. Terlepas masa, terlepas cerita tentunya hampa kerana persembahan tidak bisa menunggu. Namun begitu, silalah datang ke Bistro Eksodas.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah! Persembahan yang bagus sekali.

I've enjoyed last night's show.

Anonymous said...

berkesempatan menjengah ke dalam dunia topeng-topeng tidaklah mengecewakan walau ada masanya kepetahan topeng menuturkan kata-kata menjadikan audiens terkejar-kejar untuk memahami jalan ceritanya.

..mungkin juga kerana tidak semua audiens mampu untuk merungkai bait-bait puitis puisi karya baha zain.

namun syabas diucapkan kepada gito dan adiknya juga pendukung watak juruwang(biarpun hanya memegang peranan kecil) kerana mampu memberikan jiwa kepada topeng-topeng... membuatkan si topeng benar-benar hidup dalam dunianya.

tahniah stefani juga ibu fauziah kerana berjaya menyajikan penonton dengan lagu-lagu yang membuai rasa..

- nick