Cinta Julia buat saya sedar betapa berkaratnya otak wanita yang hampir mencecah 56 tahun ini. Cinta Julia menjadikan saya tak pernah berhenti mengenang arwah emak Hjh Salmiah Sidek yang tegas,kuat kerja dan selalu mendoakan kejayaan puterinya yang panas baran,malas buat kerja dapur dan selalu mahukan perfection dalam tiap kerja yang digalasnya. Arwah mak menjadikan saya tabah dan selalu menyayangi adik-adik kini anak-anak,menantu ,cucu-cucu Dhia dan Mhia juga anak-anak di-Stefani.Arwah bapak yang pernah jadi penyusun kerusi bila UMNO di Sungai Rokam Ipoh ada perjumpaan menyedarkan saya betapa jujur dan setia tanpa mengharap balasan akan menjadikan kita sedar betapa kemerdekaan diri sangat penting dan menjadikan kita bersyukur dilahirkan merdeka.
Anak anak,teman-teman serta sahabat juga saudara mara sentiasa menjadikan saya lebih yakin mengharungi kehidupan ini dengan lebih sabar .Arwah suami yang memahami kehendak isterinya untuk hidup sebagai anak teater adalah tunjang kekuatan saya hingga kini. Cinta Julia memang menjadikan saya lebih sedar betapa ceteknya ilmu saya dalam lakonan dan Cinta Julia juga buat saya lebih yakin suatu hari nanti pasti kebahagiaan itu datang juga dengan menyerahkan diri secara total kepada DIA. Amin
Terima kasih kerana menonton dan bersama melalui liku-liku hidup Julia. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada stefani, Ajami , Ce’kem , Amal , Qasih , ryan, @liyanuar, kakiseni, , sultanmuzaffar ,bibi, utusan, kosmo, berita harian,the star,bernama, astro, rtm, media prima, DEWAN BAHASA dan PUSTAKA dan penonton yang hadir serta peminat, semoga Allah memberkati sentiasa.Amin..
FAUZIAH NAWI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
congrat buat ibu fauziah nawi
lakonan yang mantap dan sunggh hebat...
dah lame saye tak menonton teater monolog.kali terakhir adalah sebuah teater yg dilakonkn oleh khir rahman (tak brape nak ingat tajuk nya).dan ikhlas saye katekan bahawa ia adalah satu persembahan monolog yang terbaik dari seorang pelakon yg sgt hebat. diharap ibu fauziah nawi (kalau tak keberatan saye memanggil ibu) dapat menghasilkan persembahan yang lebih hebat pada masa akan datang
TAHNIAH ibu & team ;-)
rebiu terkini: megat.eusofe
bang kalau saya nak pic saya yang kat pages abang tuh leh tak??
Post a Comment