" RASAI KELAINAN BERSAMA STEFANI............ "

PENGARAH MUZIK STEFANI events DIMASUKKAN KE HKL

Pada malam 29 Ogos yang lalu, pengarah muzik STEFANI events- saudara Iryanda Mulya Ramli telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana serangan jantung. Alhamdulillah selepas lima hari ditempatkan di wad pemulihan jantung, beliau dibenarkan pulang.Bagi pihak STEFANI events dan saudara Iryanda Mulya mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang datang melawat. AMIN
update to post: here

AKAN DATANG!!!

CINTA JULIA - PN.FAUZIAH NAWI - 21 - 28 NOV 2008

MUZIKAL TOK KURA - FEBUARI 2009

BANGSAWAN PUTERI ANGGERIK BIRU - MAC 2009

Setinggi-tinggi Penghargaan

Sanggar Teater Fauziah Nawi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk segala sokongan yang diberikan dalam menjayakan pementasan Malam 7 Drama 7 Duri yang baru berlangsung pada 25hb Julai - 2hb Ogos yang lepas.

Terima kasih Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan, PENA, DBKL, Media Massa, Tuan Hj Zainal sekeluarga, Puan Zuraidah sekeluarga, Crisscut Design & seterusnya kepada orang ramai yang sudi menonton, Stefani menghargai sokongan anda.

Kepada produksi Stefani, segala usaha & sumbangan dalam sama-sama menjayakan pementasan ini juga dihargai.

Nantikan kemunculan pementasan Stefani akan datang

1. Persembahan Solo - Fauziah Nawi
2. Teater Muzikal Kanak-kanak - Tok Kura
3. Gerak, Muzik & Teater - Petir
4. Bangsawan - Puteri Anggerik Biru

Malam 7 Drama 7 Duri - 3 Hari Terakhir

Tinggal 3 hari sahaja lagi untuk pementasan Malam 7 Drama 7 Duri sebelum Stefani muncul dengan pementasan baru.

Terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan dari semua. Sokongan anda sangat dihargai.

Pada yang belum berkesempatan menonton Malam 7 Drama 7 Duri masih ada peluang. Pementasan akan berlangsung sehingga 2hb Ogos 2008 (Sabtu). Tempat duduk terhad hanya untuk 100 orang sahaja, tempah tiket anda segera.

Untuk tempahan tiket atau sebarang pertanyaan sila hubungi Farah Ahmad 012-617 0697 atau Chi 012-242 9621.

Sama-sama merasai kelainan Malam 7 Drama 7 Duri....

HARI PERTAMA DAN TERAKHIR - SOLD OUT


Informasi terbaru : tiket pada 25 Julai dan 2 Ogos sudah habis dijual.

Grup STEFANI mengambil alih stor teater bagi meneruskan program klfringe festival

kepada sesiapa yang berminat menonton MALAM 7 DRAMA 7 DURI boleh beli tiket di pintu masuk atau tempah tiket di talian berikut :
012 6170697
012 4340807

selamat menonton !

INVITATION TO PRESS PREVIEW "MALAM 7 DRAMA 7 DURI"

Dengan segala hormatnya mempersilakan para wartawan dari media cetak (akhbar & Majalah) serta media elektronik (Radio, TV, Bloggers) untuk menghadiri Press Prebiu di:

Tempat / Venue : STOR TEATER
Jalan Dewan Bahasa, KL

Masa / Time : 8.30 - 10.30 malam

Tarikh / Date : 23 Julai 2008.

Terima kasih kepada wartawan dan jurugambar dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, New Straits Times Press, The Star Publication, Bernama TV dan Jabatan Media DBP yang hadir pada sidang akhbar pada 18 Julai 2008.

KL FESTIVAL : KL Fringe Festival and Festival Kuala Lumpur 2008

This is a very hectic week for theatre fans and activist. There is Fringe Festival at Stor Teater, DBP and Festival Teater at MTC. Both are interesting and quite frankly I am quite undecided of which event to attend. For KLFF, here., FKL08, here. Congratulation to Dr Zulkifli Mohamad the organiser for KL Fringe Festival and En Adnan Hamzah of FKL08 and En Wahab Hamzah of DBP for the high quality of the performances.

Met a few former champions of Pekan Teater at KLFF. Shahrul Fitri Musa with his “Gugurnya kopiah putih at KLFF show why he should be taken seriously after his “perhaps, perhaps” in Pentas Opera. There is also Marlenny Deen Irwan with YB JEE. Among the audiences at KLFF were Rosnani Seman, Azman Hassan of ANGKA and Ed of AKRAB. Sorry, I have no record of their winning years, perhaps interested readers can check with the organiser of Festival Kuala Lumpur 2008 for clues.

For Students of theatre or Seni Persembahan, please take the opportunity to enhance your knowledge during the festival.There are so much to learn.